Monday 21 July 2014

Sambal Goreng Saadiah-Air tangan Fauziah Ahmad Daud@Ogy

Salam Ramadhan...dengan harapan minggu terakhir Ramadhan kita mendapat keberkatannya...Syukur di beri peluang berpuasa lagi tahun ini..Aminn..dah nak hujung-hujung ni..mungkin kita pun dah malas nak ke dapur tak pun sibuk ngan kuih raya....maklum la kalau buat awal kang tak cukup sebalang..baik buat last2 minit..
Dah tentu kita tak sempat nak mengejar masa..tak payah pening..jeng..jeng..jeng.. ada air tangan dari kakak.. kesayangan kita ..kak Ogy..sapa lagi...dari pembacaan saya ini resepi dari arwah bondanya seniwati Saadiah...bertuah beliau menggunakan segala yg terbaik dari dirinya untuk kita nikmati bersama...

yang pastinya bahan dan cara pembuatannya mesti yg terbaik,saya amat yakin sekali..kerana kak Ogy kita amat mementingkan kualiti..lihat saja perkembangan seninya..beliau sentiasa belajar dan terus belajar dalam menaik taraf karya seorang anak seni..

sapa yg berminat boleh cuba..tak pun boleh buat cenderahati untuk datang beraya rumah saudara mara..
pada yg nak membuat tempahan boleh la hubungi tel di bawah

Sambal Goreng Saadiah
Citarasa Enak Dari Airtangan Fauziah Ahmad Daud
Watsapp/Sms Abu 0173225255 Utk Harga & Nak Order
Kami Pos Ke Seluruh Malaysia Termasuk Sabah & Sarawak
Dan Juga Singapura
mereka Juga Membuat Penghantaran Ke Rumah Dan Pejabat Anda..
Cepat2 La Beli

yg di maklumkan dalam FB harga RM50 untuk 350gm-1 bekas bertahan dalam seminggu disimpan dalam freezer

pada sahabat di singapura jgn risau..boleh juga menikmati sambal  goreng saadiah ni..hub masterchef Rosemah Ibrahim 0123664289

Fb kak ogy:Fauziah Ahmad Daud

dari gambar yg saya tag di FB saya yakin kalian akan order dan akan terus bersama kak Ogy dalam menikmati..bahan yg segar dan masak dari sekeping hati yg ikhlas...sedapnya nikmat  makan..sapa2 yg berminat nak jadi agen saya percaya kak Ogy akan tersenyum...cuba la rezeki kita kongsi bersama...

ni bahan2 mentahnya..kan..berkualiti...

Bila dah Masak.....

TIPUUUUUUUUUUUUUUUUUU la aaaaaaaaaaaaaaaaaaa kalau kalian tak TERLIURRRRRRRRRRRR makan dengan NASI PANASSSSSSSSSSSSSSSS...sedapppppppppppppppppppppp

#seronok  tengok kak ogy ceria selalu....

Friday 4 July 2014

SOUP KITCHEN-Sungguh Kasihan-dari hatiku

JANGAN DIRAMPAS KEGEMBIRAAN MEREKA MENJAMAH REZEKI DAN JANGAN DI CABAR NALURI INSAN ,DALAM MENITI IMPIAN KE SYURGA.......

BILA DAH LAPAR TIADA SEMPADAN-untuk kita terus menjadi ILHAM pada orang lain..dan biarlah mereka terus memberi SENYUMAN kepada yang memerlukan kerana itulah sahaja HARTA yg dapat di bawa ke alam akhirat-AMAL JARIAH....

WOW!!!!!!!!! terkejut betul baca suratkhabar harian metro bertarikh 4/7/2014 jumaat-serius..memang tak best la bila bacanya..tambahan penyataan tersebut dari seorg menteri2 dan org besar dalam kerajaan ,yg saya kira ada semuanya..kira petik jari semua boleh dapat...saya membesar di kota..hidup biasa saja tapi tak pernah menjadi seorg gelandangan seperti mereka..GELANDANGAN SAYA CARA SAYA..ini kisah 20 tahun dulu... adakalanya saya juga menghulur juga pada yg memerlukan ketika saya berada di kawasan kejiranan saya..saya tak takut pada mereka..entah tak tau kenapa..mungkin saya membesar dengan mereka..(kalau yang tau,area kg kerinchi,pantai dalam..berapa punya hebatkan) dan tak pernah terdetik dalam hati saya yang mereka ini menyemakkan,memburukkan pandangan mata serta takut berjangkit penyakit2 yg ada pada mereka..kadang2 mereka tidur kat tepi tangga rumah..saya tak dapat menyebut nama2 yg saya masih ingat..kerana ini amat sensitif..tapi saya selesa dengan mereka,walaupun kadangkala renungan mata mereka amat menakutkan..tapi bila mereka tersenyum..mereka pun manusia juga..

Di maklumkan soup kitchen hanya di beri mandat untuk menghulurkan bantuan makanan sejauh 2 kilometer dari lingkungan kawasan Bukit Bintang..kenapa ya..perlu di kecilkan skop tu.?ada fakta yg mengatakan gelandangan ini sebenarnya tidak la sesusah mana..cuma ada faktor 'M'-MALAS yg membuat mereka asyik mengharap makanan percuma saja dari pihak NGO..walhal mereka mampu tidur di hotel 3 bintang hasil dari sumbangan org yg simpati...ADOIII  dah pasti lah..nak tidur tempat best sikit..kalau tidur suka2 hati cari BALA namanya..silap hari bulan mereka kena angkut dengan pihak yg berwajib,so LIFE dah tak MERIAH lagi terutamanya MALAM MINGGU..WELL semua orang ada STRATEGI nak MENERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUP di KOTA..INGAT SENANG!!!!

PIHAK NGO ini amat sensitif pada kiraan saya jadi pada pihak2 yang tertentu..tolong la sebelum membuka mulut tentang hal2 yg sebegini..you all kena buat kertas kerja dulu..siap segala yg perlu baru you all bersidang..aiiii MEJA BULAT kan ada ,why not duduk berbincang..mereka bekerja keras nak cari dana nak buat kebajikan..saya PANDANG TINGGI pada nilai2 murni yg ada pada setiap ahli NGO yg terlibat..
Kajian perlu di buat oleh pihak yg berwajib tanpa menghentam mana2 pihak..sedangkan saya menulis ini pun saya baca semua artikel bagi nak faham apa sebenarnya yg nak di sampaikan..sebenarnya kalian perasan tak yg rakyat MALAYSIA ini memang dah MANJA dari dulu..apa nak kira..jadi teruskan je la..HATTA burung merpati pun kita manjakan dan  taburkan bagi makanan...BETUL TAK!!!!! burung merpati lagi lah buat kotor..berak merata..tak bising pun...

Sungguhpun begitu saya amat bangga kerana pengasas PERTIWI SOUP KITCHEN(PSK),MUNIRAH ABDUL HAMID telah membuat penyataan yg TIDAK AKAN MENGHENTIKAN OPERASI MEMBANTU GOLONGAN GELENDANGAN DI KAWASAN YANG DILARANG WALAU TERPAKSA BERDEPAN PIHAK BERKUASA..keras bunyi nya...saya akui kata beliau..bila kita lapar..otak kita akan terus berfikir yg jahat2 daripada kita jadikan seorang itu jahat ,kita cuba bantu dia dengan kenyangkan perutnya..then barulah diaorg dapat berfikir dengan waras..lagi satu nak dapat kerja..majikan pulak cerewet..bagi je la kerja janji diorg boleh buat kerja dan kerja pun jalan apa nak kira lulusan spm ke degree kerr..saya yg pengalaman kerja 10 tahun ni pun asyik kena reject jerr gi interview..walaupun kerja rajin .

jadi nak salahkan sapa yg gelandangan terus gelandangan.............

SEBAGAI SEORANG IBU..saya bangga kerana walaupun IMRAN MUSTAQIM tidak sehebat SOUP KITCHEN dan badan NGO yg lain tapi dia telah memberi ilham kepada saya..pada 1/6/2014..di jambatan sg way itulah menjadi saksi saya dan dia..betapa dia merasa kasihan dengan seorang tua yg bukan dari darah dagingnya...walaupun kami tak cukup duit untuk memberi 'uncle ' sebuah senyuman tetapi dengan makanan yg kami dapat dari sebuah tempat..tapi uncle tu tersenyum lantas mendoakan anak saya..dan mereka bersalaman..saya tanya imran tak takut ker...TAU APA DIA JAWAB!!! NAK TAKUT BUAT APA ..KITA PUN HIDUP ATAS BELAS IHSAN ORANG LAIN...TANPA KITA SEDAR...by the way imran mustaqim is 10 yrs old already on 3/7/2014..and he make me proud...as HUMAN...

tu gambar dia ngan adik2nya..tapi gambar ngan uncle tu..memang tak terfikir saya nak SNAP masa kejadian jadi memang dalam album fikiran saya jerr...

so fikir2 kan lah...jangan jejaskan keharmonian yg sedia ada..ibarat TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG,RAMBUT JANGAN PUTUS TEPUNG JANGAN BERSELERAK....

Doa untuk semua...

Tuesday 1 July 2014

Kasih Sayang -Ramadhan 2014

Dalam hati Allah saja yg tahu debarnya..menanti sinar Ramadhan tahun ini...3 minggu lebih awal ..saya merencanakan sesuatu supaya dapat menikmatinya sekali gus rasa puas hati...ingatkan tak menjadi..serius..ada terbit rasa hampa..

ptg khamis dah dapat job untuk kemas rumah org.pada hari sabtu ..maklumlah nak raya ni..ada yang nak buang barang2 yg dah tak guna lagi..za pun ambik kesempatan la..walaupun za tau letih tahap gaban..tapi RM punya pasal..sapu je la..org suruh buat buat kita buat je la...secara tak sedar..dah terjun dalam bidang pembersihan pulak...alamak berjaya ke za buat sorang2 pagi sabtu nanti..berdebar jugak..

masa yg di tunggu dah tiba..syukur dari jam 8pagi-5ptg selesai kemas rumah sipolan tu..rm120 dalam tangan..thank you guna perkhidmatan saya...tengah2 buat kerja..adik no 2 tel..yong katanya..siap2 la kita nak ambik anak,kalau kamu nak sahur rumah ibu jom lahhh...dalam hati yeahhhh..dapat jugak hajat nak sahur rumah ibu...balik kemas rumah yg ku diami..baru la ke rumah ibu..(dalam hati sibuk kemas rumah org..rumah sendiri kantoiiii jugak) poyo je

dan dengan seronok nya..aku anak beranak gi la rumah ibu....tapi si suami tinggal rumah..nasi dah siap ku masak..lauk katanya takpa nanti dia masak sendiri..tak kisah la..dah dia tak nak ikut...

sampai rumah ibu ..seronok jugak la..macam2 ada..nampak pisang...buat cekodok..dan aku memang dah plan nak masak kuah taucu untuk sahur..jadi siap2 la masak..boleh tahan jugak...sedapnya..yg paling best..makan cekodok pisang..sedapnyaaaaaa

jam 4 pagi..kita bangun panaskan lauk..dan dah memang jadi trend kami dari kecik sahur mesti ada air teh..so adalah air teh 1 jug..panas..ngelegak perut...memang best..lepas subuh sambung krohhhhhhhhhsedar2 adik yg sama tel..nak balik mari la..katanya...kita hantar ke subang..sampai di subang berdebar2 pulak tunggu episod ke 2 rancangan ramadhan pertama...dalam jam 2.30ptg mak mertua tel..jadi ke berkumpul rumah kak tie..(kak tie is my sister in-law)..suami kita kata tak kisah la pada mak kalau boleh ambik dan antar balik..kami tak da kereta...ok kata maknya..siap je..nanti mak datang

yessss..semua dah nak menjadi...sahur dah selesai di rumah ibu ku..ni berbuka berkumpul di rumah keluarga suami ku..7.00 mlm semua dah seiap berkumpul kat rumah kak tie..juadah...kalah buffet kat hotel...(gambar tak snap pulak ari tu..tunggu anak buah msg belum terima lagi masa cerita ni di tulis)

syukur..jam 2.20pagi sampai rumah..adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..baju dalam bakul tak selesai basuh lagi..suami kata jom..kita gi dobi 24 jam kat area rumah..selesai semua jam 3.40 pagi..terus sahur...dan esoknya bangun antara seronok dan mengantuk..syukur..tanpa keluarga di keliling..takkan jadi semua ini..terima kasih

c

ragam di malam 1 Ramadhan...di rumah ibu ku....syukur ada ibu dan ayah lagi..dan seluruh  keluarga...aniza dan ismail....SEMOGA BERSINAR LAGI SYAWAL KITA PADA TAHUN INI...AMIN....

Thursday 26 June 2014

imran mustaqim dan impian-hari jadi yg ke 10

Jika di panjang kan umur dan di beri peluang..tahun ini pada 3/7/2014 imran mustaqim memetik angka yg ke 10...dah 10 tahun imran bersama saya..penuh warna warni dan cita2 ..kekadang saya rasa amat merindui dia semasa bayi nya..sekarang dia dah dewasa..nak di marah pun dah susah..nak di tegur pun macam nak ngan tak nak je dengar..tapi dia la tempat saya membebel kalau tak puas hati..saya banyak impian untuk imran mustaqim..macam2..kekadang saya rasa takut sebab takut satu hari nanti saya akan kecewa..tapi bila saya fikir ..ahhh..biasa la hal2 tu..saya pun banyak mengecewakan ibu dan ayah saya sendiri..

orang nya pada pandangan saya boleh di bentuk menjadi manusia yg hebat..tetapi kalau tak di beri perhatian takut juga...tahun ini kebetulan hari jadi dia jatuh pada bulan Ramadhan...dia pernah menyuarakan utk buat majlis di rumah anak2 yatim..tapi maaf imran..kita tak berkemampuan..

Boleh tak bonda tukarkan..mari kita kumpul barangan atau apa saja dari kawan2 bonda di FB ..jadi kita sampaikan pada rumah anak yatim tersebut

pada sahabat yg berhajat untuk memberi sumbangan dari segi barangan spt pakaian dll.dapat kiranya msg saya di talian 012-2397735..nanti saya akan msg apa yg di perlukan

Lokasi rumah anak yatim..in sha Allah kami akan pergi ke

Rumah Amal Al Firdaus(RAAF) adalah sebuah rumah kebajikan dan pendidikan yang telah dibuka pada 25 JUN 2010 dibawah pendaftaran 0019973030-W atas nama Pusat Pengurusan Al Firdaus yang berpusat di alamat No.179, Jalan Elektron U16/93, Seksyen U16, Denai Alam, 40160, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. RAAF mendidik dan mengasuh seramai 21 orang anak-anak peringkat prasekolah.(sumber dari blog..pada hari saya menulis ini)

So ini adalah projek pertama imran mustaqim dalam menempuh saat kedewasaan nya...harap2 tercapai

kami akan mengumpul semua barangan dan akan menyerahkan pada
pengurusan rumah amal tersebut pada hari sabtu  12/7/2014.

imran dan adik2nya..nur umairah batrisya dan nur qaisara naqibah.....#dream#love

Tuesday 24 June 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak-Dalam keindahan cinta..kita berdoa agar dapat kiranya pada tahun ini dengan penuh rasa syukur dan penuh tawaduq..kita menggamit kembali Sinar Ramadhan Al-Mubarak 2014/1435H

Sudah semestinya bila sebut sahaja Ramadhan,niat di hati nak mendapat pahala puasa yg berganda dan aura tersebut pasti tidak akan sempurna jika tidak di mulakan dengan sahur dan di akhiri dengan berbuka pada waktunya..yang nyata nya keindahan itu dapat di kongsi bersama yang tersayang dan pada kali ini saya membawa anda semua merentasi sempadan RASA yg begitu sempurna  pembuatannya dan aplikasi aturan di meja makan..

Jom kita jengah Casa Ombak yang menawarkan pakej berbuka puasa yg amat berpadanan dengan nilai dan memenuhi citarasa dulu dan sekarang

Taraaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!betul tak saya tulis..memang berbaloi..Casa Ombak ..pada yg baru mendengar namanya,,di sini saya cerita sedikit ..Restoren Casa Ombak ini sebenarnnya telah lama berada di dalam bidang pengurusan majlis dan katering ianya sudah menjangkau usia lebih dari 10 tahun..selain dari menguruskan perkhidamatan katering .Casa Ombak yang di bawah pengurusan Ombak Creative juga menyediakan pengurusan majlis perkhawinan,majlis koprat dan persendirian..kebanyakkan majlis mereka lebih berkongsepkan ala garden..so you all mesti rasa fresh sangat.. maklumlah hijau di sekelilingnya...

Bila azan Maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib dan  waktu berbuka puasa ..mulakan dengan buah tamar dan air suam..then sahabat2 boleh la menunaikan solat di surau yg telah di sediakan..jangan risau kemudahan tu ada Alhamdullillah..lepas solat sambung semula..he..he

Buffet stall Ombak Creative @ Casa Ombak--Gambar kredit blog Ombak Creative
Harga Buffet Ramadhan
Dewasa: RM55.00nett
Kanak-Kanak: RM27.00(5-12 tahun)

jadi..lepas baca ni..simpan no telefon  supaya nanti boleh membuat tempahan untuk berbuka puasa..boleh bawa family,rakan kerja...

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative page Website: www.OmbakCreatives.com
Lokasi ..Casa Ombak Banglo No 22 Jalan Damai off Jalan Ampang..

ini peta untuk ke sana..kalau sesat juga..tanya2 lah sesiapa yg lalu lalang kat kawasan tu..

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENJAMU SELERA DI CASA OMBAK

Contest Buffet Ramadhan Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com,ditaja oleh Pengurus Perkhawinan Ombak Creative,Lelaki Kacak,Roti Boom Asli,Custom Tshirt, Denaihati.com,Inspired Magazine,Profhariz.com,KitaPunya.com,Zoncinta.com,Jawatan Kosong Kerajaan Exam PTD

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

Monday 23 June 2014

hampir menjadi!!!!!

serius..saya tak sangka..jadi jugak blog ni ..walaupun masih samar2 isi kandungannya..tapi ianya datang dari hati..dulu ada..password pulak lupa..kali ni siap catit you...lepas ni...banyak la yg akan diceritakan...

Multipurpose aromatherapy

Multipurpose aromatherapy spray.. Spray ajaib dalam 4 haruman yg luar biasa
* Lavender
* rose
* citrus berry
* pandan

1) Masalah semut,lipas,lalat,tikus boleh selesai .spray sahaja di kawasan serangga tu selalu ada,confirm serangga lari.sesuai utk rumah,pelbagai kedai dan restoran
2) wangian terapi utk almari,kereta,bilik air, ofis, bilik dan di mana jua anda nak spray
3) isteri2 yg dah bosan menggosok uniform suami,spray je kat baju suami, ia bukan shj buatkn bju wangi,tpi anda akan rasa seronok nk gosok baju
4) utk kegunaan alatan rumah spt bersihkan permukaan cermin, stainless ,meja mkan, dapur dan lain-lain
5) balik kerja, spray sikit,stress anda pasti hilang ....
6) spray dalam bilik...,terasa mcm dalam bilik pengantin ... (Specially haruman pandan)

Hadiahkan juga kepada ibu dan ayah sbgai tanda anda menyayangi mereka .
Pagi RAYA nanti confirm rumah/kereta/toilet anda wangi Dan seluruh keluarga bertmbah ceria..
Saya dah cuba...anda pun mesti cuba juga..

what a wonderful world...........

Pendaftaran ke Korea Selatan (Seoul, Yongin, Nami Island, Jeju Island, Mount Sorak, Everland) untuk CUTI SEKOLAH kini dibuka untuk tempahan. Kepada yang berminat, sila pm email anda untuk mendapatkan borang daftar tempahan dan jadual perjalanan. Sekian dimaklumkan. Masa tempahan adalah terhad. — bersama Ernie Zazalind dan 46 yang lain.

i have a dream......

Imran..di jr nba..pada 1/6/2014..di subang jaya...jadilah merasa...thanks toEhh Daniel pinjamkan tel nak bergambor..millions thanks to @dutch lady team and @Jr.NBA Malaysia ..#awesome #coaches ..Mr Chris Sumner..official jr.NBA Coach.. (6 gambar)

Hari Bapa

Dalam kelam ku coretkan
kisah cinta,laungan hati
biar beribu bintang di langit
ayahanda ku ini tetap terbilang
menatap sepi wajah heningnya
penuh kasih,penuh rahsia
syukur ku pada mu Ilahi
Tua hidupku masih bersama ayah
menatap kasih redup matanya
memaut erat lengan cintanya
ku kucup kedut di dahi ayah
kekadang sebak dan sebal menggamit rasa
hiduplah ayah 'seribu' tahun lagi
jadi azimat untuk kami
dalam melangkah meneruskan jalinan kehidupan
sungguhpun perit..tidak terasa..kerana dikau masih di sisi
selamat hari bapa...buat ayah..mohamed nawawi...

baby...

semangat itu akan terus bersama mu....demi cinta dan keindahan hidup