Thursday 26 June 2014

imran mustaqim dan impian-hari jadi yg ke 10

Jika di panjang kan umur dan di beri peluang..tahun ini pada 3/7/2014 imran mustaqim memetik angka yg ke 10...dah 10 tahun imran bersama saya..penuh warna warni dan cita2 ..kekadang saya rasa amat merindui dia semasa bayi nya..sekarang dia dah dewasa..nak di marah pun dah susah..nak di tegur pun macam nak ngan tak nak je dengar..tapi dia la tempat saya membebel kalau tak puas hati..saya banyak impian untuk imran mustaqim..macam2..kekadang saya rasa takut sebab takut satu hari nanti saya akan kecewa..tapi bila saya fikir ..ahhh..biasa la hal2 tu..saya pun banyak mengecewakan ibu dan ayah saya sendiri..

orang nya pada pandangan saya boleh di bentuk menjadi manusia yg hebat..tetapi kalau tak di beri perhatian takut juga...tahun ini kebetulan hari jadi dia jatuh pada bulan Ramadhan...dia pernah menyuarakan utk buat majlis di rumah anak2 yatim..tapi maaf imran..kita tak berkemampuan..

Boleh tak bonda tukarkan..mari kita kumpul barangan atau apa saja dari kawan2 bonda di FB ..jadi kita sampaikan pada rumah anak yatim tersebut

pada sahabat yg berhajat untuk memberi sumbangan dari segi barangan spt pakaian dll.dapat kiranya msg saya di talian 012-2397735..nanti saya akan msg apa yg di perlukan

Lokasi rumah anak yatim..in sha Allah kami akan pergi ke

Rumah Amal Al Firdaus(RAAF) adalah sebuah rumah kebajikan dan pendidikan yang telah dibuka pada 25 JUN 2010 dibawah pendaftaran 0019973030-W atas nama Pusat Pengurusan Al Firdaus yang berpusat di alamat No.179, Jalan Elektron U16/93, Seksyen U16, Denai Alam, 40160, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. RAAF mendidik dan mengasuh seramai 21 orang anak-anak peringkat prasekolah.(sumber dari blog..pada hari saya menulis ini)



So ini adalah projek pertama imran mustaqim dalam menempuh saat kedewasaan nya...harap2 tercapai

kami akan mengumpul semua barangan dan akan menyerahkan pada
pengurusan rumah amal tersebut pada hari sabtu  12/7/2014.


imran dan adik2nya..nur umairah batrisya dan nur qaisara naqibah.....#dream#love




No comments:

Post a Comment