Monday 23 June 2014

Hari Bapa

Dalam kelam ku coretkan
kisah cinta,laungan hati
biar beribu bintang di langit
ayahanda ku ini tetap terbilang
menatap sepi wajah heningnya
penuh kasih,penuh rahsia
syukur ku pada mu Ilahi
Tua hidupku masih bersama ayah
menatap kasih redup matanya
memaut erat lengan cintanya
ku kucup kedut di dahi ayah
kekadang sebak dan sebal menggamit rasa
hiduplah ayah 'seribu' tahun lagi
jadi azimat untuk kami
dalam melangkah meneruskan jalinan kehidupan
sungguhpun perit..tidak terasa..kerana dikau masih di sisi
selamat hari bapa...buat ayah..mohamed nawawi...

No comments:

Post a Comment